Tuesday 30 March 2010

SWISS ROLL

SWISS ROLL PANDAN/STRAWBERRY/COKLAT

Bahan-bahan :

Bahan A:
3 biji telur
2 oz gula kastor - 50g
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp asen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum @ 1 1/2 sb serbuk koko - 40g
1 TBSP susu tepung/tepung jagung



2 oz mentega cair - 50g + 1 TBSP minyak jagung
Pandan emulco/esen pandan/Strawberry emulco/esen strawberry/coklat emulco
Pewarna hijau/merah
Aising mentega(butter icing)

Cara :
1. Pukul semua bahan A (kelajuan maxsima) sampai kembang putih
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag. Titiskan beberapa titis pewarna merah dan gaul rata. Ketepikan.
3. Masukkan strawberry emulco ke dalam adunan batter asal dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
5. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
6. Paipkan adunan yang diasingkan tadi dan buat corak
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan aising mentega(butter aicing).
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

AISING MENTEGA
Bahan-bahan :
230 gm gula aising - diayak
125 gm mentega tanpa garam

Cara :
Masukkan kedua-dua bahan ke dalam mixing bowl dan pukul sampai kembang, gebu dan adunan menjadi warna putih..



No comments:

Post a Comment